
Langkah 01 / 03
Kacang soya pilihan
Dipilih dan dibersihkan untuk tekstur tempe yang padat, lembut dan sedap.



Kisah kami
Mohd Fauzi Abdul Wafa memulakan perjalanan dalam pembuatan tempe pada usia 24 tahun. Selepas setahun membantu saudaranya di Kuala Lumpur, beliau membuka perniagaan sendiri di Bukit Gambir, Tangkak — meneruskan kemahiran dan tradisi yang dipelajari.


Poji’s Tempe
Di Poji’s Tempe, kami mengekalkan standard kualiti dan kebersihan yang tinggi. Kilang kami mampu menghasilkan 8,000 pek tempeh setiap hari dengan bantuan 22 pekerja berbakat. Setiap pek tempeh dijual dengan harga RM1.50.

Poji’s Tempe
Kami memahami kepentingan standard halal dalam masyarakat kami. Oleh itu, setiap bahan yang digunakan dalam penghasilan tempeh kami adalah 100% halal, dan kami komited untuk memastikan tiada keraguan dalam kalangan pelanggan Muslim.
Kenapa Poji?
Tempe yang baik bermula dengan kacang soya yang baik — dan proses yang sabar. Kami jaga kedua-duanya.

Langkah 01 / 03
Dipilih dan dibersihkan untuk tekstur tempe yang padat, lembut dan sedap.

Langkah 02 / 03
Diperam mengikut masa yang betul untuk rasa dan aroma yang natural.

Langkah 03 / 03
Halal, bersih dan dihasilkan oleh keluarga Bumiputera berpengalaman.
Dari dapur kami,
ke meja anda.
Sijil & pengiktirafan
Komitmen Poji’s Tempe terhadap kualiti, keselamatan dan kepercayaan disokong oleh pelbagai sijil serta pengiktirafan daripada badan berkaitan.
Lihat Semua Sijil
Poji’s di kaca mata media
Di sebalik setiap pek tempe, ada cerita tentang usaha, tradisi dan orang yang menjayakannya. Kenali kami melalui perkongsian ini.
Antara media yang
menampilkan kami
Kenali rasanya pula